Powered By Blogger

Tuesday, 10 March 2015

KURSUS SOLIDWORK PERINGKAT ASAS DAN PERTENGAHAN

PENGENALAN


SolidWorks (asalnya SolidWorks) adalah pemodelan CAD pepejal (reka bentuk bantuan komputer) perisian yang berjalan pada Microsoft Windows dan sejak tahun 1997 yang dihasilkan oleh Dassault Systèmes SolidWorks Corp., sebuah anak syarikat Dassault Systèmes, SA (Vélizy, Perancis). SolidWorks kini digunakan oleh lebih 2 juta jurutera dan pereka di lebih daripada 165,000 syarikat di seluruh dunia. TK pendapatan 2011 untuk SolidWorks adalah 483 juta dolar.


OBJEKTIF
Kursus latihan SolidWorks boleh membantu anda mencapai matlamat anda, sama ada anda mahu untuk meningkatkan kemahiran anda, menyambung semula latihan, atau belajar bagaimana untuk menggunakan alat SolidWorks buat kali pertama dan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pengunaan asas bahagian-bahagian mekanikal dengan mengunakan perisian SolidWork 2008.

Di dalam produk SolidWorks 3D Design (CAD) ini terdapat beberapa topik untuk dipelajari seperti;
  1. SolidWorks Essentials
  2. SolidWorks Advanced Part
  3. SolidWorks Advanced Assembly
  4. SolidWorks Sheet Metal
  5. SolidWorks Simulation
  6. SolidWorks Drawing

Monday, 9 March 2015

SUASANA AKTIVITI DI DALAM BENGKEL


SUASANA AKTIVITI DIDALAM BENGKEL YANG SUNGGUH SELESA DAN MENYERONOKKAN DISANA KITA AKAN DAPAT RAMAI KAWAN BARU DAN JUGA ILMU-ILMU YANG BARU YANG SELAMA INI TIDAK PERANAH TERFIKIR LANGSUNG BETAPA PENTINGNYA ILMU.

KURSUS MENSERVIS SISTEM PENYAMAN UDARA(AIR-CONDITION) KERETA

Kelas belajar kaedah membaiki dan menservis SISTEM AIR-CONDITION kenderaan (kereta)
Adalah melalui sistem modular. Melalui 5 Modular mengandungi pengisian teknik dan tatacara
Bagaimana memperolehi kewangan tambahan atau pekerjaan sebagai seorang pembaikpulih
sistem air-condition kereta. Silibus megikut NOSS SKM.

Ada LIMA modular itu terdiri daripada;

1. Sistem elektrik dan air-condition;
2. Sistem mengenal dan kepastian penggendalian kitaran air-condition;
3. sistem membuka dan
   memasang komponen air-condition;
4. Menguji dan menservis air-condition; dan
5. Keusahawanan berasaskan membaiki dan menservis air-condition kereta.

Tenaga pengajar berpengalaman.

Jadual : Kelas Waktu 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Teori - 2 Jam. Amali 3 jam)

AKAN DIMULAKAN PADA 23/4/2011 HINGGA 27 /4/2011 (KURSUS 5 HARI )

Lokasi: J'DIN TRAINING & CONSULTANY SDN BHD KERJASAMA SUNNY CAR AIR-CONDITIONING SYSTEM
NO.44 A JALAN PENJAJA 3, 83000 BATU PAHAT

Yuran RM1500.00 (Yuran meliputi  Pendaftaran, Alat sebenar latihan, Bahan gunapakai, Modul latihan, Sijil Kompetensi, Penginapan dan Makan dan minuman ringan).

Sasaran 10 orang yang berminat sahaja.

Tarikh Tutup:  PENDAFTARAN PADA 23/4/2011

Jika berminat hubungi:
J'Din Consutancy & Training Sdn Bhd.
Jamaluddin Hashim 01261712516
email : jdincyber@gmail.com.

KURSUS PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN

Tujuan: Kursus ini memberi latihan tambahan dalam bidang penghawa dingin kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan lain
mis Draftmen, Jurutera dan Kejuruteraan Pembantu.

Kursus ini memberi pengetahuan asas teori penyaman udara dan amalan.

Kelayakan Masuk: Kursus ini disediakan untuk orang-orang yang bekerja dalam industri penyejukan dan penyaman udara sebagai peniaga atau juruteknik.

Jangka masa: 12 jam.

Yuran: RM 350

Tempat: J'din Latihan & amp; Perundingan dan Sunny Car Air-Condition
              44A, Jalan Penjaja 3, 83000 Batu Pahat.
              Johor.

Bahasa Penghantaran: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Cina

Jurulatih: Berpengalaman lebih 10 tahun dalam kereta penghawa dingin, domestik penghawa dingin dan industri penghawa dingin.

Sila hubungi jdincyber@gmail.com untuk maklumat lanjut.

LATAR BELAKANG



"DISINI BERMULANYA MASA HADAPAN ANDA LEBIH CEMERLANG, GEMILANG,TERBILANG DENGAN J'DIN TRAINING & CONSULTANCY"


J'DIN TRAINING & CONSULTANCY ADALAH SEBUAH SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD. KHUSUS MERANCANG DAN MENJAYAKAN  PERUNDINGAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN JANGKA PENDEK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI, PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK & VOKASIONAL DAN  PEMBANGUNAN INSAN CEMERLANG.

Kursus Baik Pulih dan Penjagaan Komputer dan Laptop


Tarikh   : 24 dan 25 Mac 2015                                                                                   Tempat : Kluang, Johor(akan diberitahu kemudian)                                                       Yuran    : RM 150 (seorang)
Sasaran :
  1. Terbuka kepada peserta yang berminat dalam komputer, laptop, hardware dan software
  2. Peserta yang mengalami masalah komputer dan laptop boleh menyertai
  3. Peserta yang bekerja sebagai Juruteknik Kumputer digalakkan menyertai

Anjuran Rangkaian :
J'din Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Sila hubungi kami untuk menyertai kursus ini :                                                                   012 - 6712516( Tn Hj Jamaluddin)                                                                                     011-19425846(Mohd Asri)                                                                           



Monday, 23 February 2015

PROFILE

PROFIL

Nama : Dr.Hj. Jamaluddin Bin Hashim
Alamat : No 44A Jln Penjaja 3,
             (KIM,S Park Business Centre)
H/phone : O12 6712516


Certificate Education of TTTC KL (Welding and Metal Fabrication)
Certificate of KTTC Kuala Terengganu ( Guidance and Counseling)
Certificate Technician of RMIT Melbourne (Foundry and Tools)
Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering) UTM
Master of Education (Technical and Vocational Education) UTM
Doctor of Education Unisel (Higher Learning Management)

Kepakaran :  

Perundingan dan Pengajuran Latihan Kemahiran Teknik & Vokasional, 
Kemahiran Industri Pembuatan dan Pembangunan Insan Cemerlang,


 

PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah beryukur kita pada Allah s.w.t, salam dan selawat kepada jujungan nabi s.a.w.
Pada kesempatan ini dapat saya membina blog ini untuk kita berkonsi idea dan pengalaman yang boleh meningkatkan qualiti hidup agar tidak ketinggalan zaman dengan kemajuan internet marilah kita sama-sama menimba ilmu yang serba canggih ini.
Tujuan Blog ini juga adalah untuk mengajak kita meningkatkan ilmu pendidikan sepanjang hayat dengan mengadakan kursus-kursus pendek yang berterusan untuk agama bangsa dan negara masa kini dan akan datang.Selain daripada itu juga banyak lagi ilmu-ilmu yang kita boleh perolehi dari J'DIN TRAINING jangan lepaskan peluang ini.

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)


Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).


Di dalam al-Quran, salah satu terminologi yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal salih demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)


Walaupun perniagaan adalah satu bidang yang sarat dengan risiko dan cabaran sentiasa berhadapan dengan kemungkinan untung dan rugi, namun naluri dan fitrah manusia masih cenderung dan menginginkan keuntungan daripada perniagaan itu. Malah, kalau boleh, jiwa manusia mengidamkan keuntungan berlipat ganda.


Oleh sebab itu, terdapat sebahagian manusia yang sanggup dan tergamak menghalalkan segala macam cara demi meraih keuntungan berlipat ganda. Natijahnya, ada peniaga sengaja memanipulasi situasi kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan keperluan asas sehingga membebankan pengguna.


Tidak kurang juga ada peniaga melakukan penipuan dalam timbangan dan ada pula sanggup memakan riba yang terlarang di samping melakukan amalan rasuah demi kepentingan peribadi dan keuntungan segera.


Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)


Perlu diinsafi bahawa keuntungan menurut perspektif al-Quran tidak hanya terbatas dalam perkara yang bersifat material dan duniawi saja, malah ia turut merentasi sempadan kepada perkara bersifat rohaniah dan ukhrawi bernilai abadi.


Pengertian ayat 29 dari surah Faathir menegaskan bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang melakukan transaksi perniagaan dengan tiga amalan utama iaitu membaca dan bertadabbur al-Quran, menyegerakan pelaksanaan solat dan menafkahkan sebahagian harta dimiliki kepada golongan yang memerlukan.


Membaca dan memahami al-Quran adalah satu kewajipan yang sewajarnya dilakukan setiap Muslim pada setiap masa dan ketika. Ini kerana al-Quran adalah kitab panduan hidup serba lengkap, di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran, hukum hakam, peringatan dan juga sebagai kurikulum kehidupan untuk diterjemahkan dalam konteks realiti kehidupan semasa di samping menjawab pelbagai persoalan hidup, baik yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat sosial mahupun negara.


Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.


Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)


Solat pula adalah tiang seri agama Islam. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah menegakkan agama Islam. Sehubungan itu, Islam amat menganjurkan umatnya supaya menyegerakan pelaksanaan solat apabila masuk waktunya.


Hal ini kerana menyegerakan solat yang disertai pula dengan kekhusyukan yang mendalam akan melahirkan ketenangan jiwa dan juga kekuatan jiwa yang berupaya menepis pelbagai macam godaan dan cabaran hidup.


Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)


Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.


Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.


Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan hidup kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Nisa’, ayat 5)


Demikianlah konsep perniagaan yang tidak pernah kerugian menurut perspektif al-Quran dengan melaksanakan prinsip perniagaan mengikut syarak demi meraih keuntungan duniawi dan juga menjejaki keredaan Ilahi di akhirat nanti

Saturday, 7 February 2015

HUBUNGI



DR. HJ. JAMALUDDIN BIN HASHIM
012 6712516



"APA TUNGGU LAGI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLEWAT GUNAKAN JARI ANDA UNTUK MENDAIL ATAU MENAIP EMAIL."

KURSUS & LATIHAN


J'DIN TRAINING  & CONSULTANCY SDN. BHD. MENGANJURKAN KURSUS-KURSUS  PENDEK KE ARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI, PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK & VOKASIONAL,
PEMBANGUNAN INSAN DAN PERUNDINGAN.
JENIS KURSUS DAN LATIHAN

Wednesday, 4 February 2015

SEMINAR PENULISAN BUKU




SEMINAR PENULISAN BUKU 2015

Adakah anda seorang penulis?  Anda ingin memantapkan lagi penulisan anda?  Adakah anda mencari bahan untuk membuat penulisan buku, artikel dan tesis?  Mencari kursus/seminar yang boleh menambah ilmu anda? Kami ada jawapannya! Kami menawarkan SEMINAR PENULISAN BUKU, ARTIKEL ILMIAH DAN TESIS pada :

TARIKH  : 6 Mac - 18 Mac 2015 
HARI       : Isnin - Rabu
TEMPAT : ADTEC Batu Pahat
YURAN   : RM 150 Seorang(Tanpa penginapan)



Di BUKA kepada anda yang berminat untuk menyertai dan ingin memantapkan diri dalam bidang penulisan dengan menghubungi kami : 

011-19425846(Mohd Asri) 
012-6712516(Dr. Tn. Hj.Jamaluddin)
07-4312061(Pejabat)