PENGENALAN
Adobe Photoshop merupakan perisian editor grafik yang terkenal dan dianggap sebagai industri standard kepada pakar grafik. Photoshop digunakan secara komersil untuk memanipulasikan imej atau foto. Ketika populariti era digital fotografi sedang meningkat, permintaan untuk pembelajaran Photoshop juga semakin meningkat.
Kursus ini mengkhususkan kepada kerja suntingan foto dan pembikinan rekabentuk custom album foto. Adobe Photoshop digunakan untuk kerja suntingan foto dengan memperkenalkan teknik-teknik mudah serta yang sesuai.
OBJEKTIF KURSUS:Di akhir kursus, peserta akan mampu untuk:
- Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas menyunting foto dan pembikinan rekabentuk.
- Di akhir kursus, peserta akan dapat menyunting foto dan pembikinan rekabentuk.
- Peserta akan diberikan bahan kursus yang boleh membantu editing foto/imej selepas kursus.
- Peserta akan dapat menyunting foto dan pembikinan rekabentuk dengan lebih berkesan.
TAHAP:Tahap 1 (Asas) – sebagai permulaan, kursus ini sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak pernah mengendalikan Photoshop atau yang baru menjinakkan diri dengan Photoshop.
SIAPA PATUT HADIR:Sesiapa yang meminati bidang rekabentuk grafik dan manipulasi imej serta penyuntingan foto dan pembikinan rekabentuk. Juga, kepada sesiapa yang berminat di dalam bidang editing foto atau jurugambar digital (amatur atau profesional).
TOPIK PEMBELAJARAN:
Hari-1:
- PEMBETULAN GAMBAR FOTO (PHOTO RETOUCHING) - Hasilkan pembetulan gambar Underexpose & Overexpose - Hasilkan pembetulan komposisi gambar - Hasilkan pembetulan gambar Blur & Noise
- PEMBETULAN WARNA (COLOR CORRECTIONS) - Hasilkan pembetulan warna dengan menggunakan tetapan Curves & Levels - Hasilkan pembetulan warna dengan menggunakan tetapan Brightness, Contrast, Hue & Saturation - Hasilkan pembetulan warna dengan menggunakan tetapan Color Balance & Variations
Hari-2
- PERLAKSANAAN SUNTINGAN FOTO POTRET (PORTRAITURE EDITING) - Lakukan suntingan Foto Potret - Lakukan suntingan Foto bagi Digital Intermediate
- HASILKAN KESAN KHAS PADA GAMBAR - Lakukan suntingan gambar menggunakan teknik Special Tone - Lakukan suntingan gambar menggunakan teknik Restoration
No comments:
Post a Comment